| Mengenai kami |
Beribupejabat di Baratlaut NSW, pasukan suami isteri, iaitu Geoff Davies dan Fiona, merupakan pengeksport udara kambing hidup yang terbesar di Australia.
Bermula sebagai penuaian kambing liar dan operasi depot kambing dekat White Cliffs di Bahagian Barat NSW lebih daripada 10 tahun yang lalu, kini sudah berkembang menjadi satu perniagaan antarabangsa berbagai faset.
Capricorn Pastoral terlibat dalam ragutan kongsi kambing (goat share grazing), kawalan rumpai menggunakan kambing, rundingan dan jumlah eksport kambing pembiakan baka dan sembelih yang besar ke Asia dan Timur Tengah.
Pengembangan pasaran eksport ialah satu keutamaan yang sedang berjalan bagi Capricorn Pastoral yang mempunyai peluang untuk memperkenalkan mereka melalui meningkatnya permintaan sumber protein dan pertumbuhan ekonomi yang sedang berkembang di negara-negara yang sedang membangun.
Kini Fiona dan Geoff adalah pengeluar kambing yang jumlahnya melebihi 15,000 ekor, dengan rancangan pengembangan yang sedang dijalankan. Sebagai pengeksport, mereka faham bahawa kunci kepada pasaran bertahan yang berjangka panjang ialah mutu kambing dan bilangan kambing. Mereka ingin menggalakkan pengeluar-pengeluar baru dalam industri kambing dan pengeluar-pengeluar yang sedia ada untuk meningkatkan bilangan mereka.
Kami bersama-sama mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman yang telah kami gembleng untuk memajukan industri ternakan. Kami mengkhususkan diri dalam ternakan kambing, bebiri dan lain-lain ternakan yang berdasarkan jumlah. Kami juga mempunyai fidlot ternakan yang luas lagi intensif dan pengalaman pengeluaran berdasarkan ragut rumput bergilir (cell grazing) yang berkepadatan tinggi. |
Latest News
Livestock Prices 01/11/2011
|
|
ArabDC |
ArabG |
ArabH |
Arabic1 |
ArabS |
kambing |
Laman Utama |
Mengenai kami |
Nilai-nilai |
Peluang Perniagaan |
Polisi Persekitaran |
Ternakan lain |
|